Thursday, 15 December 2011

BOLAH

okay, tajuk entry kali ni bahasa kelantan ye anak anak
tak tahu maksud dia tanya orang kelantan

lama dah aku tak makan mcd
apa ? kau baru je makan semalam
tak ajak dah aku
fine bro

burger dia...emm nyumm nyumm
lapar aku teringat makanan badut kasut merah ni
meleleh kau air liur basi
*angkat tangan kesat tepi mulut

kakak tinggi lampai aku ni tengah bersiap nampaknya
try test minta belanja mcd boleh juga

tak sangka wangi juga hati busuk dia
siap bagi permission ajak bf tu
huahua sayang lah mu makcik

then, dapat lah merasa makanan diidamkan tadi
okay perut pun dah bernyanyi tanda suka hati nampaknya

makcik suruh aku pergi jalan dulu dengan si dia
ihik
*senyum senyum manis dekat makcik

perlahan lahan dengan penuh hati hati aku angkat punggung
sambil tarik beg shopping di kaki kerusi

tanpa diduga beg tu menampar segelas milo
dan memuntahkan isi nya tepat pada baju seluar lelaki aku
*mata dibulatkan dengan mulut terlopong (ala ala orang mati terkejut)
lelaki aku tu
makcik aku takpe lagi weh

tanpa lengah lengah aku capai tisu dalam beg
mata mata dah terarah pada kita
tak tentu arah jadi aku

nasib lah lelaki aku ni baik hati
dia senyum senyum aje
buat muka comel kena milo
muahaha

okay, menyesal weh selak sangat nak makan mcd
sampai aku tercuai
in fact, aku memang selalu cuai pun
lumrah hidup

no one perfect right ?
hihi

oh btw, bolah = cuai

Tuesday, 13 December 2011

perogol

macam hari hari biasa
aku buat muka tak malu
tumpang kawan balik sekolah

aku malas nak bertur panjang berjele
dekat public phone suruh mak ambil

kadang kadang public tu buat hal
dia tak bagi aku call mak aku
meruntun pilu aku terpaksa balik jalan kaki
public tu berlagak, taknak duit aku
takpe,, kau ingat...

tapi aku tak suka susah kan orang
aku suruh kawan aku punya mak punya suami dia
berhenti je dekat rumah dia,
tak payah hantar aku sampai depan pintu rumah

dari situ aku jalan kaki
depan rumah kawan aku tu hutan belantara
macam macam adaaa

tengah asyik aku berjalan tu
*tibatiba
aku terasa macam ada sesuatu ikut aku

aku tahu dia menyorok belakang pokok
tapi aku tak gelabah, aku buat biasa
bagi nampak efek cool aku tak terjejas dekat situ

makin lama hati aku makin tak sedap
aku dapat rasa, dia ikut aku

memang syak dia ni perogol yang cuba nak kidnap aku
kurang ajar

perlahan lahan aku toleh kebelakang
dia gemuk
berbulu bulu
muka bengis
aku tahu dia bapak nya

*aku rasa nak mati

aku mula mengatur langkah seribu tanpa berfikir

monyet tu
BAPAK monyet tu
kejar aku..

aku rasa nak nangis
aku lari tak berhenti

makcik pakcik dekat kedai tu semua dapat tengok
perkara memalukan kan aku tu
makcik tu jerit, dia kata
"hoi beruk kejor tu, dia geram tengok anak dara atas jalan ni!! "

monyet tu takut dengan makcik tu
dia pun blah
aku lega

monyet tu cuba nak bermain dengan aku
ini tak kelakar monyet
tak kelakar

nanti kau



ROTI BOM

#satu hari

breakfast dekat kedai
dengan nadia

aku tak tahu nak order apa
nadia minta roti bom

roti bom ?  apa tu ?
aku tak pernah makan mende alah tu
tapi aku order sama

"roti bom tu macam mana ?"

"dia bentuk bulat bulat macam ni" ( sambil buat gaya tangan macam kuih pau)

(kuih dorayaki dah terbayang bayang dekat kepala aku )
"ohh, rasa dia apa ?"

"manis"

*8minit kemudian

abang kedai datang bawa dua keping roti
yang saling tak tumpah macam roti canai segera

nadia sengih sengih macam kerang busuk
busuk aku tengok dia

PENIPU